Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2022
Suasana hari pertama peperiksaan bertulis SPM untuk subjek Bahasa Melayu pada hari ini, 20 Februari 2023. Semoga kejayaan cemerlang mengiringi calon-calon SPM SMABI seramai 62 orang pada tahun ini atas usaha dan doa para pelajar, guru-guru dan ibu bapa. Aamiin.
Hari Pelaporan Akhir Tahun 2022/2023
Hari pelaporan dilaksanakan pada hari Jumaat, 17 Februari 2023 di Dewan An-Najah SMABI iaitu pada hari terakhir persekolahan bagi sesi 2022/2023. Hari pelaporan ini membolehkan ibu bapa dan penjaga mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran anak-anak pelajar disamping memberi maklum balas tentang pengajaran guru.
Kursus Pembuatan Roti
Pada 14.2.2023 SMA Bukit Ibam di bawah Program Aktiviti Akhir Tahun anjuran Unit HEM telah melaksanakan Kursus Pembuatan Roti. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar dan guru teknik pembuatan pelbagai jenis roti.
Program Praktikal Penyembelihan
Pada 14.2.2023 SMA Bukit Ibam dibawah program HEM telah melaksanakan program praktikal penyembelihan.Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mededahkan kepada pelajar teknik penyembelihan yang betul mengikut syariat Agama Islam.

