PROGRAM IHYA` RAMADHAN
DEWAN AL-FALAH SMA BUKIT IBAM , 09 APRIL 2021 - Program Ihya` Ramadhan telah diadakan sempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang mulia, penuh keberkatan, kerahmatan dan keampunan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Bulan ini disambut penuh meriah oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia.
Bagi mereka yang mempunyai azam yang tinggi untuk merubah hidup, Ramadhan menjadi salah satu titik permulaan bagi mereka untuk membina diri...
PROGRAM SANITASI SEKOLAH SEMPENA SPM
SMA BUKIT IBAM , 20 FEBRUARI 2021- Pada jam 3.00 petang, Skuad SABIL & Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) telah datang ke sekolah untuk mengsanitasi kawasan sekolah sebelum peperiksaan SPM bermula. Semoga dengan usaha murni ini dapat mengawal jangkitan Covid 19 dan semoga semua calon SPM 2020 berjaya dalam peperiksaan tersebut.
LADAP SIRI 1 : KENALI DIRI MINDA SEJAHTERA
DEWAN AL-FALAH SMA BUKIT IBAM , 08 APRIL 2021 - Pihak sekolah telah mengadakan satu Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) di Dewan Al-Falah SMA Bukit Ibam untuk guru-guru dan kakitangan sekolah. LADAP yang bertajuk Kenali Diri Minda Sejahtera telah disampaikan oleh pegawai Kaunselor daerah Pekan iaitu Cik Bella. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program tersebut dijalankan.
Menurut beliau Mental yang sihat tidak bermakna terlepas dari penyakit mental. Amat penting...
KEMPEN JOM BACA 10 MINIT
SMA BUKIT IBAM , 22 APRIL 2021- Tepat jam 11.00 pagi, semua warga SMA Bukit Ibam menjayakan Kempen Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit yang berlangsung secara serentak di seluruh negara hari ini. Kempen tersebut bertujuan mewujudkan kesedaran dan menanamkan budaya serta minat membaca di kalangan seluruh masyarakat termasuklah warga SMA Bukit Ibam. Adalah diharapkan agar semua pihak dapat menjadikan membaca ini satu budaya yang bukan sekadar hanya membaca, tetapi mengamalkan apa yang dibaca...