Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

Papar Artikel

Program Orientasi dan Silaturrahim Tingkatan 1 2023

Unit HEM SMABI telah menganjurkan Program Orientasi dan Silaturrahim Tingkatan 1 pada 20 Mac sehingga 21 Mac bertempat di Surau Aspuri. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan persediaan diri kepada setiap pelajar agar boleh menyesuaikan diri dalam suasana persekitaran sekolah menengah khususnya SMA Bukit Ibam. Antara pengisian program ini adalah slot-slot bersama Puan Pengetua, PK Kurikulum dan Pentadbiran, PK HEM, PK Kokurikulum, Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit...

Tag: Orientasi

Papar Artikel

Majlis Pengumuman dan Penyerahan Keputusan SMA 2022

Majlis Pengumuman dan Penyerahan Keputusan SMA 2022 telah diadakan pada 17 Mac 2023, bertempat di Dewan Mumtaz SMABI mulai jam 11 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengah hari. Keputusan SMA 2022 menunjukkan peningkatan GPS SMABI sebanyak 0.57 iaitu daripada 3.48 (2021) kepada 2.91 (2022) dan seterusnya melayakkan SMABI berada di kedudukan 10 terbaik SMA SMAN Pahang pada tahun ini. 6 orang pelajar telah berjaya memperolehi pangkat Mumtaz termasuk seorang pelajar mendapat Mumtaz Sofi, 12 orang...

Tag: sma2022

Papar Artikel

Persiapan Akhir Sejarah SPM

Persiapan akhir para pelajar sebelum menghadapi SPM kertas Sejarah pada hari Khamis, 23 Februari 2023. Guru-guru Sejarah yang komited, Cikgu Zulhakim dan Cikgu Azim hadir bersama untuk memperkasa calon-calon ke arah kecemerlangan dalam SPM khususnya subjek Sejarah. Terima kasih cikgu.

Tag: jidan