MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SMABI 2025
21 April 2025
SMA Bukit Ibam, Muadzam Shah
SMA Bukit Ibam telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah dengan penuh meriah dan warna-warni. Majlis ini bertujuan memupuk semangat perpaduan serta meraikan bulan Syawal bersama-sama warga sekolah. Guru-guru dan murid turut berpakaian tradisional, memeriahkan suasana sambutan. Pelbagai juadah hari raya seperti ketupat, rendang, lemang dan kuih-muih disediakan.
Selain itu, aktiviti menarik seperti pertandingan pakaian tercantik turut diadakan. Majlis ini bukan sahaja menggembirakan para pelajar, malah mengeratkan silaturrahim antara guru, murid dan tetamu yang turut hadir memeriahkan acara. Terima kasih kepada guru dan warga SMA Bukit Ibam yang telah bekerjasama dalam menyaiapkan persiapan dan meraikan anak-anak SMA Bukit Ibam.