Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

Papar Artikel

LIBRARIAN AI SMART SHARING

20 November 2024
UNITEN, Muadzam Shah
 

Sekumpulan pelajar dari SMA Bukit Ibam telah dijemput untuk menghadiri Program “Librarian AI Smart Sharing” ke Pusat Sumber Informasi, Universiti Tenaga Nasional, Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Shah, Pahang. 

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengawas pusat sumber sekolah berkenaan dengan satu sistem pembangunan atas talian yang mengaplikasikan teknologi terkini dan konsep “Mastery Learning” untuk meningkatkan prestasi...

Tag: #PSS #digital #lawatan #smabi2024 #SekolahKitaTanggungjawabKita

Papar Artikel

PERKHEMAHAN BERSEPADU SMABI 2024

8 November 2024
SMA Bukit Ibam, Muadzam Shah

Sebuah perkhemahan tahunan anjuran Unit Kokurikulum SMA Bukit Ibam berjaya dilaksanakan. Aktiviti ini melibatkan seramai 100 orang pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3, dengan tujuan untuk memupuk semangat kerjasama, kepimpinan, dan cintakan alam sekitar. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah mendirikan khemah, berkhemah di dataran, abselling, experimental learning, malam kebudayaan dan ceramah motivasi. 

Tag: #perkhemahan #smabi2024 #SekolahKitaTanggungjawabKita

Papar Artikel

PROGRAM MECHFA MEMBUKA PELUANG BAHARU DALAM BIDANG KEJURUTERAAN MEKANIKAL

5 November 2024
Politeknik Muadzam Shah

Seramai 42 orang pelajar tingakatan 3 dari SMA Bukit Ibam telah menyertai lawatan ke Program MECHFA yang berlangsung di Politeknik Muadzam Shah bertujuan memberi pendedahan lebih mendalam mengenai perkembangan terbaru dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan teknologi automatif. Program ini merupakan satu inisiatif yang dianjurkan oleh Politeknik Muadzam Shah dan disertai oleh pelajar-pelajar dari sekolah sekitar Muadzam Shah.Program MECHFA bertujuan untuk...

Tag: lawatan MECFA #smabi2024 #SekolahKitaTanggungjawabKita

Papar Artikel

HARI SUKAN TAHUNAN SMABI 2024

30 Oktober 2024
SMA BUKIT IBAM, MUADZAM SHAH

Hari Sukan Tahunan SMA Bukit Ibam telah berlangsung dengan meriah pada 30 Oktober 2024. Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti larian 100 meter, 200 meter, 400 meter, 4 x 100 meter,  4 x 400 meter dan tarik tali. Buat pertama kalinya dalam sejarah SMABI, Rumah Hijau muncul juara keseluruhan dengan 12 pingat emas yang memecahkan tradisi Rumah Merah selaku juara sebelum ini dan juga menewaskan Rumah Biru dan Rumah Kuning. Acara tersebut...

Tag: #Sukan2024 #smabi2024 #SekolahKitaTanggungjawabKita