Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

Papar Artikel

Gotong Royong Sempena Hari Pelaporan

Satu Gotong Royong telah dilaksanakan pada hari ini bersempena hari pelaporan akademik sesi 2022. Ini bertujuan memastikan sekolah dalam keadaan yang bersih dan bersedia menerima tetamu Ibubapa dan penjaga pada majlis itu nanti. Program diatur oleh bahagian HEM SMABI.

Tag: GOTONG ROYONG

Papar Artikel

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

SMA BUKIT IBAM , 31 OGOS  2021: Disambut dalam persekitaran norma baharu susulan pandemik COVID-19 buat tahun kedua, sambutan Hari Kebangsaan 2021  tetap menyerlahkan jiwa patriotisme yang jitu dalam semangat Keluarga Malaysia. Atur cara disusun rapi secara maya melalui pautan Google Meet dengan bertemakan pakaian tradisional Melayu. Majlis berakhir pada jam 11.00 pagi.

#MalaysiaPrihatin#

Tag: merdeka

Papar Artikel

TAHNIAH TASNIM

SMA BUKIT IBAM , 29 OGOS  2021:TAHNIAH diucapkan kepada Tasnim binti Sharafudin, pelajar tingkatan 4 yang telah dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Syarahan “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti” sempena Sambutan Maal Hijrah 1443H Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur anjuran Jabatan Agama Islam Pahang. Kemenangan anda, kebanggaan kami!

Tag: merdeka

Papar Artikel

MAJLIS KHATAM QURAN ONLINE

DEWAN AL-FALAH SMA BUKIT IBAM , 7 MEI  2021- Majlis Khatam Al-Quran Online bagi tahun 1442H/2021M yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah diadakan di Dewan al-Falah. Majlis ini telah dihadiri oleh peserta tadarus yang diwakili oleh beberapa orang pelajar lelaki. Program ini rentetan daripada program Tadarus Al-Quran yang telah diadakan di sekolah dan asrama. Program ini telah bermula pada awal Ramadhan dan berakhir pada 5 Mei 2021. Pelaksanaan Program Tadarus...

Tag: quran