HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN
Rabu, 2 Januari 2019, hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi 2019. Seawal pagi semua pelajar dan guru-guru telah memenuhi perkarangan Dataran Siti Khatijah di SMA Bukit Ibam. Pelajar-pelajar kelihatan bersemangat ditambah dengan pakaian sekolah yang baharu begitu juga dengan guru-guru. Sesi persekolahan pertama dimulakan dengan perhimpunan pagi dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang dan Sekolah Agama Negeri Pahang. Selepas nyanyian lagu, guru bertugas...
HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1-5
Warga SMA Bukit Ibam mengucapkan ‘Selamat Kembali Ke Sekolah Tahun 2019. Jam 8.30 pagi telah bermula sesi pendaftaran sekolah dan asrama di Dewan an-Najah. Walaupun hujan turun renyai-renyai sepanjang sesi pendaftaran, ibubapa dan pelajar meneruskan pendaftaran dengan penuh kesabaran. Sesi pendaftaran berakhir pada jam 1 petang.
Kebanyakkan pelajar dilihat bersemangat untuk memulakan pembelajaran dan mencapai kejayaan yang cemerlang pada tahun baru ini. P&P akan bermula pada...
Kebanyakkan pelajar dilihat bersemangat untuk memulakan pembelajaran dan mencapai kejayaan yang cemerlang pada tahun baru ini. P&P akan bermula pada...
PENDAFTARAN TINGKATAN 1 SESI 2019
Pada 13 Disember 2018, SMA BUKIT IBAM telah menerima kemasukan seramai 52 orang. Walaupun keadaan hujan, pendaftaran berjalan dengan lancar dan sistem pembayaran atas talian juga berjalan dengan baik. Tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar tingkatan 1 ke SMA BUKIT IBAM. Warga SMA BUKIT IBAM mengalu-alukan kedatangan putera dan puteri yang telah terpilih untuk menjadi sebahagian daripada keluarga SMA BUKIT IBAM. Diharapkan agar semua pelajar baharu tingkatan 1 dapat menyesuaikan diri...
MESYUARAT PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2019
Pada 12 Disember 2018, SMA BUKIT IBAM telah mengadakan satu mesyuarat bagi pendaftaran kemasukan seramai pelajar tingkatan 1 yang akan berlangsung pada 13 Disember 2018. Mesyuarat bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Diharapkan agar semua guru dapat menjalankan tugas dengan baik dan juga diharapkan sistem atas talian dapat beroperasi dengan lancar.