Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

Papar Artikel

MASISUPA 2017 (ZON 1)

Baru-baru ini bermula 16/2 sehingga 19/2/2017, SMA Bukit Ibam telah terpilih menjadi tuan rumah bagi Majlis Sukan Dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Agama Pahang (MASISUPA) ke-33 bagi tahun 2017. SMA Bukit Ibam hanya mampu menduduki tempat ketiga keseluruhan daripada enam buah sekolah. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan MASISUPA pada kali ini. 

Tag: MASISUPA

Papar Artikel

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2017

Isnin, 3 Januari 2017, hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi 2017. Seawal pagi semua pelajar dan guru-guru telah memenuhi perkarangan Dataran Siti Khatijah di SMA Bukit Ibam. Pelajar-pelajar kelihatan bersemangat ditambah dengan pakaian sekolah yang baharu begitu juga dengan guru-guru. Sesi persekolahan pertama dimulakan dengan perhimpunan pagi dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang dan Sekolah Agama negeri Pahang. Selepas nyanyian lagu, guru bertugas...

Tag: pertama

Papar Artikel

PENDAFTARAN ASRAMA PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2017

Pada tarikh 2 Januari 2017, semua pelajar tingkatan 1 sesi 2017 yang telah mendaftarkan diri di SMA Bukit Ibam telah berjaya didaftarkan ke asrama untuk tempoh pembelajaran bagi tahun 2017. Semua pelajar tingkatan 1 telah sampai ke perkarangan asrama seawal jam 8.30 pagi walaupun kaunter pendaftaran bilik di asrama di buka pada jam 9.00 pagi.Secara keseluruhannya, sesi pendaftaran asrama pelajar tingkatan 1 pada tahun ini berjalan dengan lancar dan memuaskan. 

Tag: asrama

Papar Artikel

HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 2,3,4 DAN 5

Pada 31 Disember 2016  ( Sabtu) satu sesi pendaftaran bagi pelajar-pelajar tingkatan 2,3,4, dan 5 telah diadakan di dewan an-Najah. Kaunter pendaftaran dan bayaran dibuka seawal jam 8.30 pagi dan berakhir  pada jam 1.00 petang. Setelah selesai pendaftaran pelajar-pelajar dibenarkan ke asrama untuk masuk ke bilik yang telah ditetapkan. Warga SMA Bukit Ibam mengucapkan ‘Selamat Kembali Ke Sekolah Tahun 2017’. Bersiap sedialah untuk belajar dan mencapai kejayaan yang cemerlang pada...

Tag: pendaftaran bagi pelajar-pelajar tingkatan 2 3 4 dan 5