PROGRAM ZIARAH RIYADIYYAH
SMA Bukit IBam, 4 FEB 2017 – Warga KUIPSAS telah menganjurkan satu program bersama SMA Bukit Ibam iaitu Program Ziarah Riyadiyyah. Program ini berlansung dari pagi bermula jam 9 pagi hingga jam 12 tengahari yang melibatkan sukan bola sepak, ping pong, bola tampar dan bola jaring antara KUIPSAS dan SMA Bukit Ibam. Program yang berlangsung selama tiga jam ini telah memberi banyak pengalaman yang berharga kepada semua pemain SMA Bukit Ibam sebelum bermulanya Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah...
GALERI SEJARAH HASNA
Pada 31 Januari 2018, perasmian Galeri Sejarah Hasna telah diadakan di Dataran Alumni SMA Bukit Ibam. Perasmian dilakukan oleh Tuan Pengetua, Encik Nasiruddin bin K.P Mohamed Yusof . Galeri Sejarah tersebut dinamakan sempena nama beliau iaitu Puan Hajjah Che Hasna oleh pihak sekolah .Beliau bertungkus lumus menyiapkan galeri tersebut sebelum berpencen. Cikgu Che Hasna binti Ismail merupakan seorang guru yang rajin, bersemangat dan kreatif di sepanjang perkhidmatan beliau. Tahniah dan Selamat...
MAJLIS PERPISAHAN CIKGU MUZAYANA
31 Januari 2018 - Satu majlis perpisahan telah diadakan sempena pertukaran guru dari Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam (SMABI) ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang (SMKAP) iaitu Puan Muzayana binti Manan.Beliau telah bertukar ke SMKAP berkuatkuasa 1 Januari 2018 setelah berkhidmat di SMABI bermula pada 1 November 2013. Warga Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam mengucapkan Selamat Maju Jaya.
MAJLIS PERSARAAN CIKGU CHE HASNA
Pada 31 Januari 2018, telah diadakan Majlis Jasamu Di Kenang di Dewan al- Falah sempena persaraan Puan Hajjah Che Hasna bin Ismail, guru Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam. Turut hadir untuk meraikan persaraan beliau adalah Yang Di Pertua PIBG, Encik Mohd Nasib bin Ismail. Acara bermula pada jam 10.30 pagi dengan perarakan masuk ke Dewan al-Falah dan diikuti dengan ucapan daripada wakil pelajar, wakil guru dan pengetua. Puan Hajjah Che Hasna diraikan dalam majlis bertemakan Raja...