Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

Papar Artikel

GOTONG ROYONG PERDANA

Rabu, 23 Januari 2018. – Ahli Jawatankuasa 4K di bawah Unit Kurikulum SMA Bukit IBam, buat pertama kalinya telah mengadakan program Gotong-Royong Perdana untuk membersihkan kawasan sekolah.

Program gotong-royong ini adalah salah satu langkah dominan pihak sekolah, untuk menceriakan kawasan sekolah agar setiap pelajar berasa selesa dengan persekitaran sekolah yang bersih dan ceria. Disamping memberikan keselesaan kepada murid-murid dan warga sekolah, ia juga akan menjanjikan persekitaran yang...

Tag: Gotong Royong Perdana

Papar Artikel

KURSUS ASAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER 2018

Pada hari Selasa bersamaan 23 Januari 2018, Unit Pusat Sumber Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam  telah mengadakan Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 2018 kepada Guru Pusat Sumber  dan Pengawas  Pusat Sumber seramai 38 orang. Kursus ini bermula tepat jam 3 petang dan berakhir pada jam  5 petang . Pihak sekolah telah menjemput Cik Norhidayah binti Salleh selaku Ketua Perpustakaan daerah Rompin dan Cik Diana dari Perpustakaan Desa Bukit Ibam untuk memberikan ceramah...

Tag: Pusat Sumber

Papar Artikel

CERAMAH THALASEMIA – PROGRAM SARINGAN THALASEMIA KEBANGSAAN MURID TINGKATAN 4

Pada 12 Januari 2018 (Jumaat), Unit Rawatan Dan Kesihatan (HEM) telah bekerjasama dengan Unit Kesihatan Sekolah Pejabat Kesihatan Daerah Rompin untuk menganjurkan Ceramah Thalasemia – Program Saringan Thalasemia Kebangsaan Murid Tingkatan 4. 
 
Antara objektif program ialah: 
 
  i) Membantu pelajar dan guru-guru mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang Thalasemia
 ii) Menanam sifat sentiasa cakna tentang kesihatan di kalangan pelajar  
iii) Mewujudkan sifat...

Tag: ceramah kesihatan

Papar Artikel

MESYUARAT AGUNG KOKURIKULUM SESI 2018

Pada 10  Januari 2018 telah diadakan perjumpaan pertama bagi aktiviti kokurikulum. Setiausaha Kokurikulum, Puan Arfah  berkata antara tujuan aktiviti kali pertama ini adalah mengadakan mesyuarat agung bagi melantik jawatan kuasa badan beruniform, rumah sukan dan kelab / persatuan bagi sesi persekolahan 2018. Antara badan beruniform yang ada di SMA Bukit Ibam ialah Pergerakan Puteri Islam Malaysia, PKBM, Kadet Polis, Kadet  Bomba & Penyelamat, Persatuan Bulan Sabit Merah,...

Tag: perjumpaan Kokurikulum