Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

Papar Artikel

MESYUARAT AGUNG KOKURIKULUM SESI 2018

Pada 10  Januari 2018 telah diadakan perjumpaan pertama bagi aktiviti kokurikulum. Setiausaha Kokurikulum, Puan Arfah  berkata antara tujuan aktiviti kali pertama ini adalah mengadakan mesyuarat agung bagi melantik jawatan kuasa badan beruniform, rumah sukan dan kelab / persatuan bagi sesi persekolahan 2018. Antara badan beruniform yang ada di SMA Bukit Ibam ialah Pergerakan Puteri Islam Malaysia, PKBM, Kadet Polis, Kadet  Bomba & Penyelamat, Persatuan Bulan Sabit Merah,...

Tag: perjumpaan Kokurikulum

Papar Artikel

DESTINY GENERASIKU 2018

Unit Bimbingan Kaunseling dan Alumni  telah menjalankan Minggu Orientasi yang diberi nama “Destiny Generasiku” selama 5 hari di sekolah yang bertujuan memperkenalkan SMA Bukit Ibam dengan lebih dekat kepada pelajar tingkatan 1. Pelbagai aktiviti yang menarik dan memberi manfaat kepada pelajar telah dirancang bagi memupuk semangat dan kecintaan terhadap sekolah. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Human Bingo, Explore SMABI, LDK, Taklimat dari pihak sekolah, Team Building, Duniamu...

Tag: Orientasi destiny pelajar

Papar Artikel

PENDAFTARAN RAYUAN ONLINE SEKOLAH DAN ASRAMA TINGKATAN 1 2018

SMA BUKIT IBAM – Pada 3 hb Januari 2018, sesi pendaftaran rayuan untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 telah bermula tepat jam 8.30 pagi. Walaupun keadaan hujan lebat, ibubapa dan pelajar bersemangat untuk mendaftarkan diri di SMA Bukit Ibam. Sebanyak  5 buah kaunter bayaran dan 2 buah kaunter dibuka bagi melancarkan pengurusan pendaftaran pada hari ini. Kaunter bayaran dan pendaftaran ditutup pada jam 1.30 petang. Semoga pelajar-pelajar yang baru mendaftar pada hari ini menjadi pelajar yang...

Tag: Rayuan Daftar pelajar

Papar Artikel

PENDAFTARAN ASRAMA PELAJAR TINGKATAN 1 2018

SMA BUKIT IBAM – Pada 1 hb Januari 2018, sesi pendaftaran asrama untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 telah bermula tepat jam 9.00 pagi di hadapan asrama lelaki. Sebanyak 2 buah kaunter dibuka bagi melancarkan urusan pendaftaran dan seramai 65 orang pelajar telah berjaya mendaftarkan diri pada hari itu. Kaunter pendaftaran telah ditutup pada jam 2.00 petang. Selamat datang kepada pelajar-pelajar baru. Semoga permulaan ini membawa kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan anda semua.

Tag: asrama Daftar