Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

Papar Artikel

PENDAFTARAN ASRAMA PELAJAR TINGKATAN 1 2018

SMA BUKIT IBAM – Pada 1 hb Januari 2018, sesi pendaftaran asrama untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 telah bermula tepat jam 9.00 pagi di hadapan asrama lelaki. Sebanyak 2 buah kaunter dibuka bagi melancarkan urusan pendaftaran dan seramai 65 orang pelajar telah berjaya mendaftarkan diri pada hari itu. Kaunter pendaftaran telah ditutup pada jam 2.00 petang. Selamat datang kepada pelajar-pelajar baru. Semoga permulaan ini membawa kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan anda semua.

Tag: asrama Daftar

Papar Artikel

PENDAFTARAN ONLINE PELAJAR TINGKATAN 2,3,4 & 5 2018

Warga SMA Bukit Ibam  mengucapkan ‘Selamat Kembali Ke Sekolah Tahun 2018. Jam 8.30 pagi telah bermula sesi pendaftaran sekolah dan asrama di Dewan an-Najah. Walaupun hujan turun dengan lebat  sepanjang sesi pendaftaran, ibubapa dan pelajar meneruskan pendaftaran dengan penuh kesabaran. Sesi pendaftaran berakhir pada jam 1 petang.

Kebanyakkan pelajar dilihat bersemangat untuk memulakan pembelajaran dan mencapai kejayaan yang cemerlang pada tahun baru ini. P&P akan bermula pada...

Tag: sekolah Daftar warga

Papar Artikel

PENDAFTARAN ONLINE TINGKATAN 1 2018

Tahniah kepada pelajar Tingkatan 1 yang telah berjaya menempatkan diri ke Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Muadzam Shah Pahang. Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan Tahun 2018 telah diadakan pada 14 Disember 2017 (Khamis) di Dewan an-Najah. Pendaftaran sekolah dan bayaran yuran dimulakan pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Seramai 71 orang pelajar telah berjaya mendaftarkan diri. Mereka akan mendaftar diri di asrama pada 1 hb Januari 2018 bermula...

Tag: online tingkatan 1

Papar Artikel

PROGRAM PASCA PEPERIKSAAN

Setiap tahun pihak Sekolah Menengah Agama Buki Ibam  akan merancang pelbagai aktiviti untuk pelajar-pelajar selepas Peperiksaan Akhir Tahun. Aktiviti-aktiviti yang dirancang saban tahun adalah untuk mengisi masa pelajar-pelajar selepas Peperiksaan Akhir Tahun. Setiap aktiviti yang dirancang menjurus kepada kesesuaian dan kemampuan pelajar. Antara aktiviti yang sering kali dilaksanakan ialah aktiviti keceriaan sekolah, permainan dan pertandingan. Selain itu, ada juga aktiviti yang...

Tag: pasca program