GOTONG - ROYONG PERDANA SMABI 2025

02 Ogos 2025
SMA Bukit Ibam, Muadzam SHah


Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam (SMABI) telah mengadakan Gotong-Royong Perdana 2025 pada 02 Ogos 2025 dengan penyertaan meriah daripada warga sekolah termasuk guru-guru dan para pelajar.

Program bermula seawal jam 7.30 pagi dengan ucapan aluan oleh Pengetua SMABI, diikuti dengan pembahagian kawasan tugasan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembersihan bilik darjah, kawasan surau serta penanaman pokok hiasan di sekitar kawasan sekolah.

Matlamat utama program ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama, menjaga kebersihan persekitaran serta mempererat hubungan silaturahim antara warga sekolah.

Program berakhir sekitar jam 12 tengah hari dengan jamuan ringan kepada semua peserta. Gotong-Royong Perdana ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan.

Tag: #smabi2025 #SekolahKitaTanggungjawabKita