PEPERIKSAAN SMA & SPM 2025
02 November 2025
SMA Bukit Ibam, Muadzam Shah
Selamat berjuang kepada semua calon SPM dan SMA 2025.
SMA Bukit Ibam, Muadzam Shah
Selamat berjuang kepada semua calon SPM dan SMA 2025.
Teruskan langkah dengan penuh semangat, keyakinan dan kesungguhan.
Ingatlah, kejayaan tidak datang dalam sekelip mata, tetapi hadir melalui usaha yang berterusan, doa yang ikhlas dan keazaman yang kuat.
Semoga segala ilmu yang dipelajari menjadi bekalan untuk menghadapi peperiksaan dengan tenang dan yakin.
Doa kami seluruh warga sekolah sentiasa mengiringi perjuangan kalian.
MECHANICAL FESTIVAL FOR ALL
04 November 2025
Politeknik Muadzam Shah, Muadzam Shah
Seramai 34 orang murid daripada SMA Bukit Ibam telah menyertai Mechanical Festival for All yang dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah. Program ini dianjurkan adalah sebagai platform untuk memupuk minat dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang festival ini, antaranya pameran robotik, kursus AutoCAD, serta promosi dan aktiviti interaktif yang melibatkan pelajar dan...
DIALOG PRESTASI PERCUBAAN SPM 2025
17 Oktober 2025
Dewan Al - Falah, SMA Bukit Ibam
Pengetua Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Puan Rohaidah Binti Ismail, menyeru semua calon SPM 2025 agar terus berusaha gigih menjelang peperiksaan yang semakin hampir. Beliau berharap para pelajar sentiasa menjaga disiplin, masa belajar dan kesihatan supaya dapat mencapai keputusan cemerlang.

Sehubungan itu, pihak sekolah telah menganjurkan pelbagai aktiviti persediaan seperti kelas tambahan, bengkel teknik menjawab soalan dan program motivasi....
KEM PERKHEMAHAN TAHUNAN PERINGKAT KEBANGSAAN PKBM (U) 2025
26 September 2025
Pangkalan Udara Sendayan, Negeri Sembilan
Pangkalan Udara Sendayan, Negeri Sembilan
Tahniah diucapkan kepada para pelajar SMA Bukit Ibam yang telah terpilih dan berjaya menyertai Kem Perkhemahan Tahunan Peringkat Kebangsaan PKBM (U) di Sendayan selama satu minggu.
Penyertaan ini bukan sahaja menjadi ruang menimba pengalaman baharu, malah medan membina jati diri, meningkatkan disiplin, semangat kerjasama dan kepimpinan dalam kalangan pelajar.
Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan,...