MAJLIS BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT PERINGKAT ASRAMA
Selepas solat Maghrib pada hari Khamis bersamaan 30 Ogos 2018, semua pelajar asrama SMA Bukit Ibam telah berkumpul di Surau al-Ghazali bagi pelajar perempuan dan Surau al-Muttaqin bagi pelajar lelaki untuk mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat sempena bulan Kemerdekaan peringkat asrama. Majlis tersebut dimulakan dengan solat Maghrib dan diikuti Solat Hajat berjemaah. Majlis.dipimpin oleh imam pada malam itu . Selepas bacaan Yaasin pelajar mendirikan solat Isyak...
MAJLIS BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT PERINGKAT SEKOLAH
Pada jam 1.30 petang hari Khamis bersamaan 30 Ogos 2018, semua pelajar SMA Bukit Ibam telah berkumpul di Surau al-Ghazali bagi pelajar perempuan dan Surau al-Muttaqin bagi pelajar lelaki untuk mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat sempena bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Majlis tersebut dimulakan dengan solat Zohor dan diikuti Solat Hajat berjemaah. Majlis.dipimpin oleh wakil pelajar. Bacaan Yaasin tersebut akan diikuti secara beramai-ramai. Selepas...
PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN
Perasmian Bulan Kemerdekaan ini telah dilancarkan pada 6 Ogos 2018 dan bertempat di Dataran Siti Khatijah dan dirasmikan oleh GPK Pentadbiran & Kurikulum iaitu Encik Nazaruddin bin Bakar. Banyak aktiviti telah diatur dan disusun sepanjang Bulan Kemerdekaan ini. Semoga program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
PERKHEMAHAN KADET PKBM MERANG SURIA SETIU TERENGGANU
Pada 9-13 Julai 2018 baru-baru ini, SMA Bukit Ibam telah menghantar satu platun yang terdiri daripada 12 org kadet ( 9 lelaki dan 3 perempuan) ke perkhemahan PKBM (UDARA) peringkat kebangsaan di Merang, Setiu, Tererengganu. Dua orang guru yang mengiringi pelajar ialah En. mohd Razly dan Cik Ratul Amira. SMA Bukit Ibam telah menjadi johan bagi 2 acara daripada 6 acara yang dipertandingankan. Acara tersebut ialah jalan laju dan jalan lasak.