MOTIVASI 1: PROGRAM FORMULA JUARA A+
Satu ceramah motivasi telah diadakan di surau al Muttaqin SMA Bukit Ibam untuk pelajar-pelajar tingkatan 3,4 dan 5.Rasional diadakan ceramah motivasi ini adalah bertujuan untuk
mengenalpasti faktor yang mampu mendorong ke arah peningkatan prestasi dan kecemerlangan akademik serta mampu membentuk ketrampilan pelajar. Walaubagaimanapun kecemerlangan akademik tidak menjamin kecemerlangan sahsiah pelajar. Oleh itu, program motivasi ini dilaksanakan seiring dengan program pembentukan sahsiah...
PENDAFTARAN RAYUAN TINGKATAN 1 2019
Sesi pendaftaran rayuan untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 telah bermula tepat jam 8.30 pagi. Walaupun keadaan hujan lebat, ibubapa dan pelajar bersemangat untuk mendaftarkan diri di SMA Bukit Ibam. Sebanyak 5 buah kaunter bayaran dan 2 buah kaunter dibuka bagi melancarkan pengurusan pendaftaran pada hari ini. Kaunter bayaran dan pendaftaran ditutup pada jam 1.30 petang. Semoga pelajar-pelajar yang baru mendaftar pada hari ini menjadi pelajar yang cemerlang gemilang dan terbilang.
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN
Rabu, 2 Januari 2019, hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi 2019. Seawal pagi semua pelajar dan guru-guru telah memenuhi perkarangan Dataran Siti Khatijah di SMA Bukit Ibam. Pelajar-pelajar kelihatan bersemangat ditambah dengan pakaian sekolah yang baharu begitu juga dengan guru-guru. Sesi persekolahan pertama dimulakan dengan perhimpunan pagi dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang dan Sekolah Agama Negeri Pahang. Selepas nyanyian lagu, guru bertugas...
HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1-5
Warga SMA Bukit Ibam mengucapkan ‘Selamat Kembali Ke Sekolah Tahun 2019. Jam 8.30 pagi telah bermula sesi pendaftaran sekolah dan asrama di Dewan an-Najah. Walaupun hujan turun renyai-renyai sepanjang sesi pendaftaran, ibubapa dan pelajar meneruskan pendaftaran dengan penuh kesabaran. Sesi pendaftaran berakhir pada jam 1 petang.
Kebanyakkan pelajar dilihat bersemangat untuk memulakan pembelajaran dan mencapai kejayaan yang cemerlang pada tahun baru ini. P&P akan bermula pada...
Kebanyakkan pelajar dilihat bersemangat untuk memulakan pembelajaran dan mencapai kejayaan yang cemerlang pada tahun baru ini. P&P akan bermula pada...

