MAJLIS MAKAN MALAM ASPURI 2018
Jawatankuasa asrama telah mengadakan majlis makan malam bagi meraikan pelajar-pelajar asrama sekolah ini. Majlis ini diadakan bertujuan meraikan para pelajar asrama dan memberi pengiktirafan kepada ahli jawatankuasa yang telah menjalankan tugas sepanjang tahun ini. Menurut Ketua Warden Asrama Cikgu Ahmad Zamzamin dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua para pelajar asrama yang telah memberi kerjasama baik dalam mematuhi peraturan asrama. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah...
MAJLIS MAKAN MALAM ASPURA 2018

PASCA PEPERIKSAAN : GOTONG ROYONG PERDANA
SMA Bukit Ibam telah mengadakan Program Gotong-Royong Akhir Tahun di sekitar kelas dan bilik-bilik khas. Program ini merupakan program tahunan sekolah telah dapat mengeratkan semangat bekerjasama antara warga sekolah dan menaiktaraf kebersihan dan keceriaan sekitar kelas dan bilik-bilik khas. Antara objektifnya ialah mewujudkan kerjasama dan perpaduan antara warga sekolah dan supaya kelas berada dalam keadaan yang baik selama cuti sekolah berlangsung selama sebulan.
PASCA PEPERIKSAAN : SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Majlis Sambutan Maulidurrasul telah berlangsung dengan lancarnya di Dewan an-Najah. Bermula jam 8.30 pagi, pelajar telah memenuhi dewan dan mengambil tempat duduk masing-masing semetara menanti program bermula. Program yang diadakan ialah ceramah yang di sampaikan oleh al-fadhil Ustaz Mohamad Hasbullah bin Ismail. Objektif program ini ialah untuk mengingati dan mengagumi kebesaran Allah swt di samping memperingati perjuangan suci junjungan besar Nabi Muhammad saw dalam menyebarkan agama...