HAIYYA NATAKALLAM
Haiyya Natakallam bermaksud 'Marilah Bertutur' Bahasa Arab. Program ini dikendalikan oleh guru arab iaitu ustaz Walid Wahdan bersama guru-guru bahasa arab yang lain semasa perhimpunan pagi. Program tersebut bertujuan menarik minat pelajar terhadap pelajaran Bahasa Arab. Aktiviti yang dijalankan berpandukan modul yang telah di.buat di Pusat Bahasa Arab Kuliyyah Sultan Abu Bakar, Pekan.Program bermula seawal jam 7.20 pagi dan berakhir sebelum jam 8.10 pagi .Semoga program yang telah dijalankan dapat menarik minat pelajar untuk terus bertutur menggunakan bahasa Arab.