Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

Papar Artikel

CERAMAH ISRAK MIKRAJ

SMA BUKIT IBAM – Program ceramah Israk Mikraj anjuran AJK Masjid an-Nahdah Bukit Ibam telah disertai oleh semua pelajar lelaki dan telah berlangsung pada 5 April 2019. Ceramah telah disampaikan oleh Pegawai Syariah Encik Mohd Hafiz Bin Idris dari Pejabat Agama Islam Pahang, Muadzam Shah. 

Tag: CERAMAH

Papar Artikel

CERAMAH KESIHATAN GIGI

SMA BUKIT IBAM – Satu ceramah berkaitan kesihatan pergigian telah dijalankan di Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam. Ceramah ini sudah berlangsung pada 27 April 2018 hari Jumaat di Dewan Al-Falah sekolah. Ceramah ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar-pelajar supaya pentingnya penjagaan gigi supaya ia dapat berfungsi sepanjang hayat. Ceramah ini disampaikan oleh doktor gigi dari Muadzam Shah. 

Tag: gigi

Papar Artikel

LATIHAN KAWAD KARNIVAL KOR KADET POLIS

SMA BUKIT IBAM -Persatuan Unit Beruniform Kadet Polis memulakan latihan kawad kaki mereka bermula Isnin baru-baru ini untuk persediaan menghadapi pertandingan Kawad Kaki sempena Karnival Kor Kadet Polis pada tahun ini. Latihan kawad kaki pada hari ini dipimpin oleh jurulatih dari Balai Polis Bukit Ibam Konstabel Mohd Zulhilmi dan dipantau oleh Sarjan Husin. Kerjasama dan komitmen yang baik dari jurulatih ini diharap mampu mengapai impian untuk bergelar juara. Selain melatih ahli kadet polis,...

Tag: Polis

Papar Artikel

AKTIVITI KOKO : KELAB BERUNIFORM

SMA BUKIT IBAM – Kegiatan kokurikulum sama ada melibatkan aktiviti sukan, kelab dan persatuan atau badan beruniform bukan suatu perkara yang asing lagi di setiap sekolah. Penglibatan aktif murid sekolah dalam aktiviti-aktiviti tersebut merupakan pelengkap bagi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran murid di bilik darjah.

Hal ini seiring dengan Anjakan Ketiga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu melahirkan rakyat yang menghayati nilai serta menekankan kepada pembangunan...

Tag: kelab