AIR OH AIR
SMA BUKIT IBAM - Gangguan bekalan air susulan kerosakan sistem air di Loji Rawatan Bukit Ibam telah menjejaskan proses PDP di sekolah bermula pada hari Isnin. Ekoran daripada masalah ini, semua pelajar telah dibenarkan balik awal ke kampung bermula pada hari Rabu sehingga Ahad. Diharapkan masalah air ini dapat diatasi dan diselesaikan dengan cepat.
LAWATAN BTM SUK
SMA BUKIT IBAM - Pada 25 April 2019, wakil daripada Bahagian Teknologi Maklumat SUK dan JAIP telah datang ke sekolah bagi tujuan menaiktaraf rangkaian internet di makmal komputer dan sekitar sekolah. Kehadiran mereka di sambut oleh Cikgu Mohd Razly bin Abd Razaman selaku PIC sekolah.
PERTANDINGAN KAWAD KAKI KOR KADET POLIS PERINGKAT NEGERI
SMA BUKIT IBAM – Pertandingan Kawad Kaki dan Larian Lasak Karnival Kor Kadet Polis peringkat negeri Pahang 2019 telah diadakan pada 22-24 April 2019 bertempat di Dataran Temerloh, Pahang. Pertandingan ini bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Seramai 5 orang pelajar lelaki dan 1 orang pelajar perempuan telah menyertai pertandingan tersebut dan seorang pelajar dari SMA Bukit Ibam iaitu Mohd Haikal telah berjaya ke peringkat kebangsaan. Tahniah kepada semua ahli yang menyertai pertandingan...
WATIQAH ASRAMA
SMA BUKIT IBAM – Majlis penyampaian watikah pelantikan exco asrama sesi 2019 telah diadakan bertempat di Surau al-Muttaqin, SMA Bukit Ibam. Majlis disempurnakan GPK HEM merangkap Ketua Warden Asrama Encik Ahmad Zamzamin bin Mohamed Mohidin.

