Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

Papar Artikel

MAJLIS TADARRUS AL-QURAN

Seperti biasa di bulan Ramadhan, pada setiap petang di bawah seliaan Badan Kerohanian Asrama dan BAKAT telah dijalankan aktiviti Tadarus Al-Quran bertempat di Surau al-Muttaqin dan Surau al-Ghazali Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Muadzam Shah. Kedua-dua surau  ini juga adalah merupakan lokasi bagi pelajar-pelajar menjalankan Solat Tarawih pada bulan Ramadhan. Aktiviti Tadarrus Al-Quran bermula pada jam 4.45 petang hingga  5.45 petang. Semoga bulan Ramadhan ini membawa seribu...

Tag: tadarrus

Papar Artikel

DAURAH SAFIINATUN NAJAH : BAB PUASA 2019

SMA BUKIT IBAM – Sempena kehadiran bulan Ramadan Al-Karim, Bahagian Kerohanian SMA Bukit Ibam telah menjemput al-Fadhil Ustaz Salim bin Samir al-Hadrami  untuk menyampaikan perkongsian mengenai Ramadan di bawah tajuk, “Matan Safiinah an-Najah : Kitab Puasa”. Ustaz Salim merupakan tenaga Imam masjid, Keratong 5. Mengupas tajuk yang disediakan, Ustaz Salim menceritakan bahawa bila tiba Ramadan, pintu-pintu syurga dibuka luas manakala pintu-pintu neraka ditutup rapat. Seterusnya, beliau...

Tag: daurah

Papar Artikel

PENYAMPAIAN SIJIL KADET POLIS

SMA BUKIT IBAM - Majlis Penyampaian Hadiah Dan Sijil Penghargaan Kor Kadet Polis Sekolah peringkat Daerah telah diadakan di Dataran Siti Khatijah semasa perhimpunan pagi. Majlis penyampaian sijil telah disampaikan oleh Tuan Pengetua dan diiringi oleh GPK Kokurikulum. Sebelum majlis penyampaian hadiah dan sijil dimulakan, pasukan Kadet Polis sekolah telah membuat persembahan Kawad Kaki di hadapan Pengetua dan semua warga sekolah.Tahniah pada pasukan Kadet Polis sekolah dan tahniah pada peserta...

Tag: kadet

Papar Artikel

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD ROMPIN

SMA BUKIT IBAM - Kejohanan Bola Sepak MSSD Rompin telah dijayakan pada 16-19 April 2019 di Padang Besar Muadzam Shah. SMA Bukit Ibam telah muncul sebagai Naib Johan bagi Kategori Bawah 15.  Muhammad Shahin (SMA Bukit Ibam) telah dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik MSSD. Tahniah pasukan bola sepak SMA Bukit Ibam.

Tag: MSSD