REFLEKSI KEM PIMPINAN MUDA
SMA BUKIT IBAM - Pemimpin yang hebat adalah pendorong yang bijak. Mereka memberikan inspirasi dan merangsang orang lain supaya mencapai prestasi yang cemerlang. Teladan yang baik perlu tunjukkan oleh pemimpin. Kesinambungan dari itu, satu slot refleksi Kem Kepimpinan Muda telah diadakan di SMA Bukit Ibam selama satu jam setengah. Semoga slot ini dapat memberi manfaat yang sepenuhnya kepada pimpinan muda.
KEM IBADAH TINGKATAN 1
SMA BUKIT IBAM, 7 Julai -Badan Asrama dibawah unit HEM SMA Bukit Ibam dengan kerjasama Alumni 2009-2016, telah menganjurkan Kem Ibadah bagi membentuk anak yang bersahsiah tinggi dan soleh bagi melengkapkan kemahiran hidup di dunia serta di akhirat.
Guru Penolong Kanan HEM, Encik Ahmad Zamzamin bin Mohamed Mohidin berkata, program berlandaskan ibadah dan sahsiah ini dapat melengkapi 82 peserta yang terdiri daripada pelajar yang berusia 13 tahun dengan keperibadian yang terpuji di samping...
Guru Penolong Kanan HEM, Encik Ahmad Zamzamin bin Mohamed Mohidin berkata, program berlandaskan ibadah dan sahsiah ini dapat melengkapi 82 peserta yang terdiri daripada pelajar yang berusia 13 tahun dengan keperibadian yang terpuji di samping...
KARNIVAL KO FALAK
SMA BUKIT IBAM, 27 Julai - Karnival Ko-Falak telah berlangsung di sini bermula seawal 8 pagi pada hari ini hingga ke tengah malam. Karnival ini dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang selama 1 hari. Terima kasih kepada wakil Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang kerana sudi merasmikan majlis dan terima kasih sekali lagi kepada Jabatan Mufti Negeri Pahang kerana sudi mengadakan Karnival Ko-Falak di SMA Bukit Ibam.
SAMBUTAN HARI RAYA 2019
SMA BUKIT IBAM 27 Julai - Memupuk silaturrahim dan mengeratkan perpaduan adalah tema utama yang cuba diterapkan dalm program Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam (SMABI) bagi tahun ini. Seperti lazimnya sambutan Hari Raya sememangnya ditunggu-tunggu oleh seluruh warga SMABI yang seakan-akan tak sabar-sabar untuk bersama berkongsi rasa ria dan menzahirkan kesyukuran. Bertempat di Dataran Siti Khadijah, program sambutan dimulakan dengan perhimpunan pagi...

