MAJLIS PELANCARAN IHYA RAMADAN SESI 2025

03 Mac 2025
Surau Al-Ghazali, SMA Bukit Ibam


Sekolah Menengah Agama (SMA) Bukit Ibam telah mengadakan Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadhan bagi sesi 2025 dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran. 

Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang bulan Ramadhan bagi memastikan pelajar dapat menghayati nilai-nilai Islam serta memanfaatkan bulan yang penuh keberkatan ini. Antara program yang bakal diadakan ialah Istiqbal Ramadhan (Pelancaran), Tadarus Al-Quran, Kuiz Ramadhan, Bacaan Hadis Fadilat Ramadhan, Qiamullail, Iftar Jamaie, Ceramah Nuzul Al-Quran, Risalah Ramadhan, Majlis Khatam Al-Quran dan Sumabangan Kasih Ramadhan

Semoga dengan program Ihya’ Ramadhan ini, warga SMA Bukit Ibam dapat mengisi bulan suci ini dengan penuh keberkatan dan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Tag: ihya ramadhan