444 PELAJAR SMA BUKIT IBAM MENERIMA SUMBANGAN DISALURKAN MUIP
SMA BUKIT IBAM: Seramai 444 pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Bukit Ibam, di sini, menerima bantuan wang zakat yang disalurkan melalui Majlis Ugama Islam dan Adar Resam Melayu Pahang (Muip) Cawangan Muadzam Shah.
Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Muadzam Shah, Mohd Hafis Mohd Saad berkata, ia merupakan sumbangan pendidikan kepada pelajar sekolah menengah agama (SMA) yang biasa dilakukan setiap tahun.
“Sumbangan pendidikan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu yang pertama ialah zakat ...
BENGKEL TEKNIK HAFAZAN AL-QURAN SMA & PRA STAM
Pada 1 Mac 2018 yang lalu, SMA Bukit Ibam telah mengadakan sebuah Bengkel Smart Hafazan khusus kepada para pelajar dari tingkatan empat dan lima. Seramai 132 orang pelajar telah menghadiri bengkel yang disampaikan oleh pihak Pengurusan Latihan Dan Bimbingan Motivasi iaitu Ustaz Mohd Hasdi bin Mohamed al-Hafiz..
Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan penguasaan teknik-teknik hafazan di kalangan pelajar. Di samping itu juga, bengkel ini bertujuan untuk memberi...
PROGRAM KESENIAN KHAT
SMA BUKIT IBAM 20 Februari 2018. - Unik dan menarik, keindahan seni khat tidak dapat dinafikan lagi dan khazanah seni tertua di dunia milik orang Islam itu perlu dipelihara. Demikian pendapat seorang pencinta seni khat, Ustaz Masnadi , yang meminati seni kaligrafi Islam itu sejak di bangku sekolah.
Beliau telah diundang ke sekolah untuk mengadakan bengkel Kesenian Khat kepada para pelajar. Menurutnya, dia mula menceburi penghasilan khat sejak dibangku sekolah menengah lagi dan keindahan...
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SMA BUKIT IBAM 2018
13 Februari 2018, SMA Bukit Ibam - Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah berlangsung meriah dengan beberapa acara yang dipertandingkan. Kejohanan bermula dengan acara pertandingan Larian SMABI bermula jam 9.15 pagi. Kemudian acara diteruskan dengan pertandingan Perbarisan yang penuh warna warni dengan menzahirkan kreativiti rumah sukan masing-masing. Ditambah pula dengan iringan muzik perbarisan menceriakan suasana kejohanan. Acara gilang-gemilang penuh semangat kesukanan mengingatkan kita hubungan...