PROGRAM PASCA PEPERIKSAAN
Selepas peperiksaan akhir tahun, para pelajar akan hadir ke sekolah seperti biasa bagi menghabiskan sesi persekolahan. Oleh itu terdapat banyak program yang boleh dijalankan kepada pelajar sekolah. Aktiviti yang dirancang dengan baik dan menyeronokkan untuk pelajar dapat mengekalkan momentum pembelajaran mereka. Selain itu, dengan adanya aktiviti-aktiviti menarik dapat mengekalkan kehadiran pelajar ke sekolah walaupun peperiksaan telah berakhir.
Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh pihak...
SEKITAR PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA)
MUADZAM SHAH: Seramai 71 calon SMA Bukit Ibam menduduki peperisaan Sijil Menengah Agama (SMA) 2018 bermula 15 Oktober sehingga 26 Oktober. Di harapkan semua calon dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan cemerlang. Sesungguhnya kejayaan keputusan SMA bukan perkara paling penting tetapi apa yang paling penting ialah semua calon dapat mengaplikasikan ilmu itu dalam kehidupan untuk kesejahteraan masyarakat dan negara.
TEMUJI TINGKATAN 1 2019
Hari Temuji Tingkatan 1 berlangsung saban tahun di semua SMAN Pahang. Alhamdulillah, sambutan kali ini di SMA Bukit Ibam sangat baik dan berjalan dengan lancar. Seramai 88 orang pelajar telah menghadiri sesi ini dan di doakan agar keseluruhan mereka berjaya melepasi temuduga ini. Amin. Harapan dan doa dari keluarga yang mengiringi dipanjatkan kepada Allah swt kepada bakal-bakal pelajar yang juga generasi yang akan meneruskan perjuangan di SMA Bukit Ibam di masa hadapan.
MARATHON SMA
SMA BUKIT IBAM : Semua pelajar tingkatan 3 menyertai Marathon SMA yang diadakan di Dewan an-Najah SMA Bukit Ibam.Mereka didedahkan dengan teknik menjawab soalan SMA secara berkesan daripada guru-guru SMA Bukit Ibam. Seminar yang telah diadakan itu, dapat membuka minda pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan dan meningkatkan lagi tahap ingatan pelajar. Sementara itu, pelajar yang ditemui memberi maklum balas positif dan berpuas hati kerana mendapat banyak panduan menjawab soalan...

