HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2017
Isnin, 3 Januari 2017, hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi 2017. Seawal pagi semua pelajar dan guru-guru telah memenuhi perkarangan Dataran Siti Khatijah di SMA Bukit Ibam. Pelajar-pelajar kelihatan bersemangat ditambah dengan pakaian sekolah yang baharu begitu juga dengan guru-guru. Sesi persekolahan pertama dimulakan dengan perhimpunan pagi dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang dan Sekolah Agama negeri Pahang. Selepas nyanyian lagu, guru bertugas...
PENDAFTARAN ASRAMA PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2017
Pada tarikh 2 Januari 2017, semua pelajar tingkatan 1 sesi 2017 yang telah mendaftarkan diri di SMA Bukit Ibam telah berjaya didaftarkan ke asrama untuk tempoh pembelajaran bagi tahun 2017. Semua pelajar tingkatan 1 telah sampai ke perkarangan asrama seawal jam 8.30 pagi walaupun kaunter pendaftaran bilik di asrama di buka pada jam 9.00 pagi.Secara keseluruhannya, sesi pendaftaran asrama pelajar tingkatan 1 pada tahun ini berjalan dengan lancar dan memuaskan.
HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 2,3,4 DAN 5
Pada 31 Disember 2016 ( Sabtu) satu sesi pendaftaran bagi pelajar-pelajar tingkatan 2,3,4, dan 5 telah diadakan di dewan an-Najah. Kaunter pendaftaran dan bayaran dibuka seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Setelah selesai pendaftaran pelajar-pelajar dibenarkan ke asrama untuk masuk ke bilik yang telah ditetapkan. Warga SMA Bukit Ibam mengucapkan ‘Selamat Kembali Ke Sekolah Tahun 2017’. Bersiap sedialah untuk belajar dan mencapai kejayaan yang cemerlang pada...
HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1
Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 bagi Sesi Persekolahan 2017 telah berjalan dengan jayanya pada 22 Disember 2016 (Khamis). Seramai 63 orang pelajar baru telah mendaftar di SMA Bukit Ibam, Muadzam Shah, Pahang. Pendaftaran yang bermula seawal jam 8.30 pagi, telah diadakan di dewan an-Najah. Sesi pendaftaran telah berjalan dengan lancar dan baik serta pendaftaran telah berakhir pada jam 12.30 tengahari.Terima kasih diucapkan di atas kehadiran para ibu bapa/penjaga dan selamat datang diucapkan...