AKTIVITI KOKO : KELAB BERUNIFORM
SMA BUKIT IBAM – Kegiatan kokurikulum sama ada melibatkan aktiviti sukan, kelab dan persatuan atau badan beruniform bukan suatu perkara yang asing lagi di setiap sekolah. Penglibatan aktif murid sekolah dalam aktiviti-aktiviti tersebut merupakan pelengkap bagi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran murid di bilik darjah.
Hal ini seiring dengan Anjakan Ketiga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu melahirkan rakyat yang menghayati nilai serta menekankan kepada pembangunan...
1ST CHAMPION 2019 ASIA PACIFIC ITF TAEKWAN-DO
SMA BUKIT IBAM - Pada 29 – 31 Mac 2019, pihak sekolah telah menghantar 4 orang pelajar untuk menyertai pertandingan Taekwondo yang diadakan di MSU, Shah Alam, Selangor. Pertandingan peringkat antarabangsa ini telah disertai oleh negara-negara Asia dan majlis perasmian pembukaan telah berlangsung dengan gilang-gemilang. Pencapaian terbaik pelajar SMA Bukit Ibam adalah dari pelajar yang bernama Hannan Bahirah binti Abdul Hamid yang mendapat satu pingat Perak. Manakala Mohd Farhan bin Mohd Azman...
HARI PERSARAAN KPP PENDIDIKAN JAIP
SMA BUKIT IBAM – Pada 27 Mac 2019, wakil sekolah telah menghadirkan diri ke Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan persaraan Ketua Penolong Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP, Ustaz Abu Bakar bin Mat Saad. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan SAS Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar dan SMA Bukit Ibam telah ditugaskan sebagai AJK Hadiah dan Cenderamata. Seluruh warga SMA BUKIT IBAM mengucapkan SELAMAT BERSARA buat al-Fadhil Ustaz.
PELAJAR SMA BUKIT IBAM MENERIMA SUMBANGAN DISALURKAN MUIP
SMA BUKIT IBAM - 22 Mac 2019, seramai 417 pelajar Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam (SMABI), di sini, menerima bantuan wang zakat yang disalurkan melalui Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah.
Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP Muadzam Shah, Mohd Hafis Mohd Saad berkata, ia merupakan sumbangan pendidikan kepada pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) yang biasa dilakukan setiap tahun.
“Sumbangan pendidikan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu yang pertama...