LAWATAN BTM SUK
SMA BUKIT IBAM - Pada 25 April 2019, wakil daripada Bahagian Teknologi Maklumat SUK dan JAIP telah datang ke sekolah bagi tujuan menaiktaraf rangkaian internet di makmal komputer dan sekitar sekolah. Kehadiran mereka di sambut oleh Cikgu Mohd Razly bin Abd Razaman selaku PIC sekolah.
PERTANDINGAN KAWAD KAKI KOR KADET POLIS PERINGKAT NEGERI
SMA BUKIT IBAM – Pertandingan Kawad Kaki dan Larian Lasak Karnival Kor Kadet Polis peringkat negeri Pahang 2019 telah diadakan pada 22-24 April 2019 bertempat di Dataran Temerloh, Pahang. Pertandingan ini bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Seramai 5 orang pelajar lelaki dan 1 orang pelajar perempuan telah menyertai pertandingan tersebut dan seorang pelajar dari SMA Bukit Ibam iaitu Mohd Haikal telah berjaya ke peringkat kebangsaan. Tahniah kepada semua ahli yang menyertai pertandingan...
WATIQAH ASRAMA
SMA BUKIT IBAM – Majlis penyampaian watikah pelantikan exco asrama sesi 2019 telah diadakan bertempat di Surau al-Muttaqin, SMA Bukit Ibam. Majlis disempurnakan GPK HEM merangkap Ketua Warden Asrama Encik Ahmad Zamzamin bin Mohamed Mohidin.
AMAN PALESTIN
SMA BUKIT IBAM – Pada 15 April 2019 SMA Bukit Ibam telah menganjurkan Ceramah Aman Palestin.dan telah menjemput jurucakap kepada Aman Palestin Malaysia; Ustaz Helmi dari Kuantan. Program ini telah dihadiri oleh guru-guru dan semua pelajar. Tujuan utama ceramah ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang nasib orang muslim di Palestin dan juga Syria. Diharapkan dengan adanya program seumpama ini dapat sedikit sebanyak memberikan kesedaran kepada kita yang berada di bumi yang aman...