Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

MAJLIS PERPISAHAN USTAZAH AINUL

13 November 2025
SMA Bukit Ibam, Muadzam Shah

Hari ini kami lepaskan ustazah dengan hati yang berat, kerana bukan mudah berpisah dengan rakan sekerja yang sentiasa lembut tutur kata, ringan tangan membantu dan penuh hikmah dalam setiap tindakan. Sepanjang ustazah bersama kami, terlalu banyak kenangan dan kebaikan yang ustazah tinggalkan.

Terima kasih atas kerjasama, semangat, dan sokongan yang ustazah selalu beri. Kehilangan ustazah di sini pasti terasa, tapi dalam masa yang sama kami doakan agar perjalanan baharu ustazah dipermudahkan dan diberkati di tempat yang menanti.

Semoga ustazah terus menjadi sumber inspirasi dan cahaya ilmu di mana pun ustazah berada. 

Ustazah akan sentiasa kami ingat.

Tag: #MajlisPerpisahan #SelamatBerhijrah #TerimaKasihUstazahAinul #smabi2025

0 komen

Sila berikan komen anda di sini