MECHANICAL FESTIVAL FOR ALL

04 November 2025
Politeknik Muadzam Shah, Muadzam Shah

Seramai 34 orang murid daripada SMA Bukit Ibam telah menyertai Mechanical Festival for All yang dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah. Program ini dianjurkan adalah sebagai platform untuk memupuk minat dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang festival ini, antaranya pameran robotik, kursus AutoCAD, serta promosi dan aktiviti interaktif yang melibatkan pelajar dan pengunjung. Program ini bertujuan memperkenalkan dunia kejuruteraan mekanikal kepada masyarakat serta memberi peluang kepada peserta menambah ilmu dan kemahiran baharu.

Tag: #mechanicalforall #smabi2025