MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN
07 April 2026
Dewan Al - Falah, SMA Bukit Ibam
Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh semangat dan patriotik di Dewa Al - Falah, SMA Bukit Ibam.
Dewan Al - Falah, SMA Bukit Ibam
Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh semangat dan patriotik di Dewa Al - Falah, SMA Bukit Ibam.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Puan Rohaidah Binti Ismail, yang turut menyampaikan amanat kepada para peserta agar sentiasa berdisiplin, menjaga nama baik pasukan serta memberikan prestasi terbaik sepanjang kejohanan.
Kontinjen yang terdiri daripada 170 atlet dan pegawai akan menyertai Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang (MASISUPA) Zon 1 Kali Ke - 42 Tahun 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 8 hingga 12 April 2026 di SMA Al - Attas, Pekan, Pahang.
Dalam ucapannya, beliau menzahirkan keyakinan bahawa kontinjen ini mampu mencapai kejayaan cemerlang dan mengharumkan nama organisasi.
Majlis diakhiri dengan simbolik penyerahan bendera kepada ketua kontinjen sebagai tanda rasmi pelepasan pasukan.

0 komen