LADAP 1 : PENGURUSAN KEWANGAN OLEH BANK ISLAM
SMA BUKIT IBAM: Pada 15 Mei 2018 pihak Bank Islam telah mengadakan satu Taklimat Pengurusan Kewangan di Bilik Mesyuarat SMA Bukit Ibam untuk guru-guru dan kakitangan sekolah. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh pegawai Bank Islam Muadzam Shah iaitu Encik Shamsul Mamat. Menurut beliau guru-guru dan kakitangan sekolah perlu mengambil inisiatif untuk menambah pengetahuan mereka mengenai pengurusan kewangan dengan banyak membaca buku yang berkaitan bagi mendapatkan pengurusan kewangan yang baik. Semoga segala input yang telah diberikan memberi manfaat pada semua.