GOTONG-ROYONG PERINGKAT SEKOLAH
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 19 Mei 2018 (Sabtu), gotong-royong telah diadakan pada hari tersebut sebagai hari menggantikan persekolahan pada 8 Mei 2018. Semua pelajar dan guru-guru dibahagikan tugas mengikut jadual yang disediakan. Aktiviti bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari. Gotong-royong melibatkan kawasan dan bangunan di sekolah juga di asrama.
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2018
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 16 Mei 2018 (Rabu), Majlis Sambutan Hari Guru bagi tahun 2018 telah disambut dengan jayanya. Tema hari guru pada tahun ini “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”. Sambutan diadakan di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad SAS. Majlis berlangsung dari jam 8.30 pagi hinggg 1.00 petang.
Aturcara majlis bermula dengan sukaneka guru-guru bersama para pelajar. Pada jam 11.00 pagi, acara dewan bermula dengan pelbagai acara antaranya gimik majlis, ucapan...
PROGRAM KARNIVAL IQRA’ ANJURAN PUSAT SUMBER MA’AHAD SAS
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA –23-29 April 2018 (Isnin-Ahad), Pengawas Pusat Sumber Darul Hikmah telah menganjurkan Program Karnival Iqra’ selama seminggu. Perasmian program ini disempurnakan oleh GPK Kurikulum, Ustaz Che Aziz Bin Che Dollah.
Pelbagai acara dipertandingkan sama ada secara individiu ataupun kumpulan seperti pantas makna BA dan BI, kuiz layang, story telling dan sebagainya.Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya
PROGRAM KEM BAHASA AL-QURAN (KEMBAQ) UNTUK PELAJAR TINGKATAN 2
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA –27-29 April 2018 (Jumaat-Ahad), Panitia Panitia Bahasa Arab Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini buat kali keduanya telah mengadakan KEMBAQ iaitu Kem Bahasa Al-Quran bertempat di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad SAS pada 27 hingga 29 April 2018. Kem ini disertai oleh 125 orang pelajar Tingktan 2 dengan 4 orang fasilitator. Penceramah jemputan ialah Ustaz Zulkarnain bin Itam dari Ma’ahad Ahmadi Gemencheh. Objektif program ini diadakan...