PROGRAM SEMINAR TEKNIK PANTAS MENJAWAB SOALAN BAHASA ARAB PT3
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 28 & 29 Julai 2018 (Sabtu dan Ahad), Guru bahasa Arab 3 telah mengadakan Seminar Teknik pantas Menjawab Soalan Bahasa Arab PT3 khas untuk pelajar tingkatan 3. Program selama dua hari ini diadakan di Dewan Saidina Ali yang dikendalikan oleh Alwan Resources.
Tujuan utama program ini ialah membantu para pelajar menjawab soalan peperiksaan PT3 dengan teknik yang betul. Pelbagai aktiviti berbentuk permainan dalam kumpulan telah diadakan untuk menguji kepantasan para pelajar. Semoga pelajar beroleh manfaat daripadanya.
0 komen