CERAMAH 'KENALI UBAT ANDA'
BANDAR JENGKA - Aktiviti kokurikulum pada 12 Oktober 2022 hari Rabu berlangsung di dalam Dewan Saidina Ali. Aktiviti pada kali ini adalah Ceramah 'Kenali Ubat Anda' yang disampaikan oleh Pegawai Farmasi dari Klinik Kesihatan Jengka 22, Cik Azlin. Turut membantu beliau ialah 2 orang Pegawai Farmasi dari Klinik Kesihatan Maran. Ceramah ini adalah berkisar tentang ubat-ubatan yang perlu diambil tahu oleh para pelajar. Diharapkan para pelajar menjadi lebih cakna dan ambil berat mengenai ubat yang diambil dan cara penggunaannya.
0 komen