Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

MAJLIS RESTU ILMU SMA DAN SPM 2024

6 Disember 2024, 7.40 Pagi, Dewan Kuliah Ma’ahad Sultan Ahmad Shah. Majlis Restu Ilmu bagi calon Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 berlangsung bertujuan memberi dorongan semangat sebelum menghadapi cabaran akademik yang bakal mendatang.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan kata-kata semangat daripada pengerusi majlis iaitu Cikgu Nurul Afida, diikuti dengan ucapan Pengetua Ma’ahad Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Tuan Haji Azmy Murad bin Mohamed Yatim. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan persediaan mental dan fizikal bagi menghadapi peperiksaan serta mengingatkan para pelajar agar tidak berputus asa dan sentiasa berusaha dengan penuh ikhtiar. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil pelajar dan bacaan doa.
 
Majlis berakhir dengan sesi pemberian restu ilmu oleh guru-guru kepada para pelajar, sebagai simbolik sokongan dan doa agar mereka diberi kelancaran dalam menjawab peperiksaan yang bakal dihadapi.

Tag: #restuilmu2024 #maahadsas2024

0 komen

Sila berikan komen anda di sini