Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2018

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 9 Februari 2018 (Jumaat), Karnival Sukan Tahunan Sekolah telah mengadakan acara merentas desa. Acara bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi. Para pelajar memulakan larian mereka di hadapan pintu gerbang Ma’ahad SAS dengan dirasmikan larian tersebut oleh Pengetua Ma’ahad SAS, Pn. Noraini Binti Abdul Manap bersama GPK HEM, Pn. Asmanizam Binti Kamarzaman. Sepanjang acara tersebut, pihak sekolah menyediakan perkhidmatan daripada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), anggota polis Daerah Maran dan juga beberapa orang guru yang dilantik sebagai rondaan. Acara ini berjalan dengan lancar dan jayanya. 

Tag: merentas desa

0 komen

Sila berikan komen anda di sini