Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

HARI KELUARGA DAN MAJLIS PERPISAHAN GURU MA'AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 20 Oktober 2018 (Sabtu), Kelab Keluarga Ma'ahad SAS telah mengadakan Hari Keluarga dan Majlis Perpisahan Guru yang berlangsung di Felda Residence Tekam, Jerantut Pahang. Majlis ini diadakan berujuan mengeratkan silaturahim antara guru-guru, kakitangan dan juga berkenalan antara keluarga dengan keluarga yang lain. Acara bermula jam 8.30 pagi dengan sukaneka dewasa dan kanak-kanak. Pada jam 11.00 pagi, acara dewan bermula dengan ucapan Puan Pengetua, ucapan guru yang akan berpindah iaitu Cikgu Siti Nor Mukarrimah Binti Ehwal dan Cikgu Wan Salmi Bin Abd Aziz. Kemudian majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah sukaneka, cabutan bertuah, jamuan makan dan sesi bergambar. Majlis berakhir jam 1.00 petang.

Tag: Hari Keluarga Ma'ahad SAS

0 komen

Sila berikan komen anda di sini