PROGRAM GOTONG-ROYONG FASA 1 TAHUN 2026 PERERAT KESEPAKATAN WARGA MAAHAD SAS
BANDAR JENGKA - 31 Januari 2026
Program Gotong-Royong Fasa 1 Tahun 2026 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berlangsung baik dengan penglibatan aktif warga sekolah, ibu bapa serta komuniti setempat.
Program Gotong-Royong Fasa 1 Tahun 2026 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berlangsung baik dengan penglibatan aktif warga sekolah, ibu bapa serta komuniti setempat.
Program bermula seawal jam 8.30 pagi dengan sesi berkumpul di hadapan Dewan Saidina Ali, diikuti taklimat ringkas oleh YDP Pibg sebelum aktiviti gotong-royong dilaksanakan pada jam 9.00 pagi. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk kerja-kerja pembersihan kawasan sekolah, pemotongan pokok, pembaikan kemudahan, mengecat serta kerja penampalan jalan yang rosak.
Program diakhiri dengan jamuan makan tengah hari pada jam 12.00 tengah hari sebelum para peserta bersurai selepas sesi gotong royong tamat. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Program sebegini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk nilai murni, semangat sukarelawan serta memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan warga Maahad SAS.

0 komen