Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

MASISUPA PERINGKAT ZON 2 (ILMIAH)

KUANTAN- Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Menengah Agama Pahang (MASISUPA) bagi Zon 2 (kategori ilmiah) telah diadakan pada 13 Julai 2022. Ianya diadakan di Sekolah Islam Al-Irsyad Balok. Kuantan. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SMA Al-Ihsan, SMA Maran, SMA Pulau Tawar, Maahad SAS dan Sekolah Islam Al-Irsyad Balok. Kontinjen Maahad SAS berjaya meraih 5 emas, 14 perak dan 2 gangsa bagi kategori ilmiah. Tahniah dan syabas atas pencapaian yang diperoleh. Semoga anak-anak pelajar lebih cemerlang dan berjaya pada MASISUPA akan datang.

Tag: #maahadsas2022 #masisupa2022

0 komen

Sila berikan komen anda di sini