Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PROGRAM MINGGU SUAI KENAL PELAJAR TINGKATAN 1

BANDAR JENGKA - Program Minggu Suai Kenal pelajar Tingkatan 1 sesi 2023 dijalankan pada 20 hingga 22 Mac 2023. Program ini diadakan untuk memperkenalkan perkara yang berkaitan dengan sekolah kepada pelajar baharu. Pada hari pertama, pelajar diberi taklimat program oleh GPK Hal Ehwal Pelajar, Encik Zaliki. Selepas itu, pengawas sekolah mengiring para pelajar melawat kawasan dan bangunan sekolah. Pada hari kedua, program dimulakan dengan taklimat Unit Kurikulum, HEM dan Kokurikulum. Seterusnya, sesi perkenalan bersama guru kelas dan lagu sekolah dan lagu SMAN. Selepas rehat, diadakan aktiviti berkumpulan. Pada hari terakhir program, pelajar diberi taklimat disiplin, penerangan kaedah hafalan dan penutup.

Tag: #maahadsas2023

0 komen

Sila berikan komen anda di sini