Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PERASMIAN KARNIVAL STEM & PERTANDINGAN PAYUNG TERJUN

BANDAR JENGKA – Pada 14 November 2022, Karnival Science, Technology, Engeneering and Math (STEM) telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Encik Azmy Murad Bin Mohamed Yatim di padang sekolah. Selesai perasmian, karnival ini diteruskan dengan acara pertandingan Payung Terjun. Penglibatan acara ini adalah dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 hingga 3 mengikut Kelab dan Persatuan masing-masing. Acara ini turut dibantu oleh guru-guru antaranya ialah Cikgu Mohd Nur Iman, Cikgu Nurriduan dan Cikgu Khairon Mohamad Zaki. Para pelajar bersemangat melancarkan payung terjun masing-masing mengikut kriteria yang ditetapkan.

Tag: #maahadsas2022

0 komen

Sila berikan komen anda di sini