Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2018

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 14 Disember 2017 (Khamis), pendaftaran bagi pelajar tingkatan 1 kemasukan 2018 telah diadakan bertempat di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini. Pendaftaran bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. 

Beberapa orang guru yang terlibat sebagai guru kelas, guru koperasi, warden aspura dan aspuri serta beberapa kakitangan pejabat turut membantu menjayakan pendaftaran tersebut. Pada jam 10.30 pagi, Pengetua Ma’ahad SAS, Pn. Noraini Binti Abdul Manap telah menyampaikan taklimat kepada ibu bapa dan penjaga serta para pelajar berkaitan dengan pelajar tingkatan 1 tahun 2018.

Tag: Pendaftaran pelajar Tingkatan 1

0 komen

Sila berikan komen anda di sini