AKTIVITI GOTONG-ROYONG KECERIAAN 4K
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 23 Februari 2018 (Selasa), Badan Keceriaan sekolah telah mengadakan gotong-royong bersama para guru dan para pelajar. Kawasan-kawasan dan blok-blok bangunan yang telah ditugaskan perlu dibersihkan dan dihias seperti di gazebo-gazebo, papan-papan kenyataan dan sebagainya. Semoga aktiviti ini mendorong para pelajar sayang dan cinta kepada Ma’ahad SAS.
KURSUS PENGURUSAN WARDEN
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 20 Februari 2018 (Selasa), Kursus Pengurusan Warden Siri 1 /2018 telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bertempat di Dewan Kuliah Saidina Abu Bakar, Ma’ahad SAS, Jengka.
SUKAN TAHUNAN MA’AHAD SAS 2018
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 10 Februari 2018 (Sabtu), Sukan Tahunan Ma’ahad SAS 2018 telah diadakan bertempat di padang sekolah. Sukan tahunan ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG Ma’ahad SAS, En. Norsufian bin Asmuni.
Majlis diserikan dengan kehadiran oleh Pengetua Ma’ahad SAS, GPK HEM dan GPK Kurikulum yang turut memberi sokongan membina sepanjang acara bermula sehingga tamat. Acara yang telah dipertandingkan ialah acara ilmiah yang bermula pada hari rabu hingga jumaat....
MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2018
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 9 Februari 2018 (Jumaat), Karnival Sukan Tahunan Sekolah telah mengadakan acara merentas desa. Acara bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi. Para pelajar memulakan larian mereka di hadapan pintu gerbang Ma’ahad SAS dengan dirasmikan larian tersebut oleh Pengetua Ma’ahad SAS, Pn. Noraini Binti Abdul Manap bersama GPK HEM, Pn. Asmanizam Binti Kamarzaman. Sepanjang acara tersebut, pihak sekolah menyediakan perkhidmatan daripada...