Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

BENGKEL KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN STAM BAGI SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI PAHANG TAHUN 2019

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 27-30 September 2019 (Jumaat-Isnin), Jabatan Agama Islam Pahang telah menganjurkan Bengkel Kecemerlangan Peperiksaan STAM bagi Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang. Bengkel selama 4 hari ini diadakan di Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini sebagai tuan rumah. Bengkel ini mengabungkan dua buah sekolah iaitu Ma’ahad SAS dan SMA Al-Maidah, Padang Tengku dengan jumlah peserta bengkel tersebut seramai 208 orang. 

Selesai bengkel terakhir, taklimat melanjutkan pelajaran ke Mesir telah disampaikan oleh tenaga pengajar Pusat Bahasa iaitu Ustaz Saifulbahry Bin Dollah Sajat. Pada jam 12.00 tengah hari, majlis penutupan telah dirasmikan oleh Ustazah Apidah Binti Zakaria@Daud, Penolong Pengarah Unit Naziran, Latihan, SAN, Bahagian Pendidikan, JAIP. Semoga usaha ini membantu semua pelajar untuk terus cemerlang di masa hadapan. 

Tag: Bengkel Kecemerlangan Peperiksaan STAM Tahun 2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini