MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT SEKOLAH
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 7 Jun 2018 (Khamis), satu majlis berbuka puasa telah diadakan bertempat di kantin Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini. Para guru dan kakitangan sekolah dijemput bersama ahli keluarga masing-masing bagi memeriahkan majlis iftar tersebut. Majlis dimulakan dengan pengisian tazkirah oleh Ustaz Che Aziz bin Che Dollah , ucapan ringkas oleh Puan Pengetua dan bacaan doa sebelum berbuka.
TAKLIMAT SYAFAWI STAM
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 25 Mei 2018 (Jumaat), taklimat untuk syafawi STAM bagi matapelajaran al-Quran, Hadith & Mutalaah telah diadakan di Dewan Kulliah, Maahad SAS pada pukul 9 pagi sehingga 11 pagi. Taklimat tersebut disampaikan oleh ustaz Hassanuddin. Semoga pelajar beroleh manfaat sebagai persediaan menghadapi peperiksaan STAM.
PROGRAM SOLAT HAJAT
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 25 Mei 2018 (Jumaat), program solat hajat telah diadakan sebagai ucapan terima kasih kepada pewakaf yg mewakafkan 650 naskah al-Quran kepada warga Ma’ahad SAS. Program diadakan di Dewan Saidina Ali bermula jam 7.20 pagi sehingga jam 8.00 pagi. Tetamu yang hadir ialah wakil YH.Dato' Jusoh dan ahli jawatankuasa PIBG, En. Muzammil dan beliau turut menyampaikan ucapan mewakili pihak PIBG.
MAJLIS PENYAMPAIAN AL QURAN WAKAF DI MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA PAHANG
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 21 Mei 2018 (Isnin), satu majlis penyampaian Al Quran Wakaf di Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini. Wakaf Al-Quran daripada Dato’ Jusoh Dagang.