Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PROGRAM IMUNISASI COVID-19 REMAJA BERUMUR 16 - 18 TAHUN

21 September 2021 – Seramai 257 orang pelajar daripada tingkatan 4, 5 dan 6 Ma'ahad As- Sultan Ahmad Shah Ad-Dini telah menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin [PPV] bertempat di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka bermula jam 8.30 pagi sehingga 3.00 petang. 
 
Turut hadir bersama ialah pentadbir Ma’ahad SAS iaitu Us Che Aziz Bin Che Dollah, GPK Kurikulum, Pn. Robiah Binti Ibrahim, GPK HEM dan Pn. Siti Royani Binti Ahmad Hafids, GPK Kokurikulum dan guru-guru pengiring yang terlibat bagi memastikan pelajar hadir dan membantu melancarkan urusan pemberian vaksin. 
 
Terima kasih kepada yang berbahagia Dato’ Seri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad kerana telah memberi sumbangan kepada pihak sekolah yang diwakilkan kepada Qadi Jengka dan Pn. Nadiah, wakil JAIP yang turut hadir memberi sumbangan kepada pihak sekolah.

Foto berikutnya : http://sman.pahang.edu.my/schools/13/galleries/1027

Tag: #Imunisasi Covid-19 Remaja 16-18 tahun

0 komen

Sila berikan komen anda di sini