'FOGGING' DI ASRAMA PUTERA DAN PUTERI
BANDAR JENGKA - Pada 17 Mac 2023, wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah Maran telah melakukan kerja 'fogging' (semburan kabus) di Asrama Putera dan Puteri Ma'ahad SAS pada pukul 6 petang. Ianya bertujuan membasmi pembiakan nyamuk memandangkan asrama telah kosong kerana para pelajar bercuti sekolah selama sebulan. Para pelajar akan mula memasuki asrama pada hari esok dan ini adalah salah satu persediaan dari pihak sekolah dalam menjaga kesihatan para pelajar. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam kerja 'fogging' ini.
0 komen