PELANCARAN IHYA’ RAMADAN & USRAH MAAHAD SAS 2026M/1447H
JENGKA, 23 Februari 2026 – Program Pelancaran Ihya’ Ramadan dan Usrah 2026M/1447H anjuran BADIK Maahad SAS Jengka telah berlangsung dengan penuh penghayatan di Dewan Saidina Ali pada jam 7.45 pagi.
Majlis ini dirasmikan oleh Pengetua Maahad SAS Jengka, Tn Hj Azmy Murad bin Mohamed Yatim. Dalam ucapannya, beliau menyeru seluruh warga maahad agar menjadikan Ramadan sebagai medan mempertingkatkan ibadah, memperkukuh akhlak serta menghayati nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.
Program yang membawa tema “Bersama Ke Arah Mardhotillah” ini bertujuan menyemarakkan pengisian rohani sepanjang bulan Ramadan melalui pelbagai aktiviti seperti tazkirah, usrah, bacaan al-Quran dan program kebajikan.
Majlis anjuran Badan Dakwah Ibadah dan Kepimpinan itu diharapkan dapat membentuk sahsiah pelajar yang lebih berdisiplin, berakhlak mulia serta sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.

0 komen