Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PROGRAM ZIARAH DAKWAH BERSAMA TOKOH ULAMA AD-DAIE USTAZ HASSAN AL-KAF

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 14 Februari 2019 (Khamis), Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Kesihatan Pahang telah mengadakan Program Ziarah Dakwah yang bermula pada 10-17 Februari 2019. Beberapa buah SMAN termasuk Ma’ahad SAS telah menyambut baik jemputan tersebut.  Program diadakan di Dewan Saidina Ali yang melibatkan semua pelajar  Ma’ahad SAS dan guru-guru bermula jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Pengisian yang dikongsi oleh Tokoh Ulama Ad-Daie Ustaz Hassan Al-Kaf bersama guru-guru dan para pelajar Ma’ahad SAS ialah mengenai kelebihan orang menuntut ilmu dan bagaimana seseorang itu berusaha untuk berjaya. Us. Safarizan sebagai penerjemah kepada tokoh ulama tersebut. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua palajar dan guru-guru. 

Tag: Program Ziarah Dakwah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini